..::BERSAMA KAUNSELOR::..

Assalammualaikum wbt…Semoga semua sahabat-sahabat Sihat Hendak-Nya…

Alhamdulillah, Saya dengan rendah diri ingin mengajak semua sahabat-sahabat seandainya ada pertanyaan, kebuntuan, permasalahan, isu yang sukar mendapat penyelesaian, tiada jalan keluar dan mempunyai apa jua bentuk pertolongan berkaitan dengan khidmat Nasihat & Perbincangan untuk berkongsi bersama Saya (KHAIRULNIZA BIN MOHD SALLEH, KAUNSELOR PUSAT KAUNSELING MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN CAWANGAN REMBAU) untuk menguraikan segala kekusutan yang telah lama terbuku dalam benak hati sahabat-sahabt sekalian…Moga-Moga Sahabat Semua Dapat Manfaat dan terus berbahagia disamping orang Tersayang…Bersama Saya KAUNSELOR ANDA:-

Membantu Anda dan Memberi Khidmat Nasihat Secara PERCUMA!!! Apa tunggu lagi:-

Hanya EMAILKAN SAHAJA:- Senang Bukan???:-

Insya-Allah…”ANDA BUNTU, KAMI BANTU”….Salam Sayang Dari Saya “Abe.Cute”….:-)

{Kisah Nabi Yusuf a.s}

Dua pelajaran diperolehi daripada kisah Nabi Yusuf. Pertama, mengenai makna sepatah perkataan Arab di dalam al-Qur’an. Perkataan itu ialah “rasul” yang lazimnya diguna untuk “Rasul Allah”, atau “Utusan Allah”. Akan tetapi, pada sebuah ayat dalam surah Yusuf perkataan itu digunakan oleh Allah untuk seorang utusan atau pembawa berita kepada seorang raja. Inilah ayatnya:

“Raja berkata, ‘Datangkanlah dia (Yusuf) kepadaku.’ Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia (Yusuf) berkata, ‘Kembalilah kepada pemelihara (raja) kamu, dan tanyalah dia, ‘Bagaimanakah dengan wanita-wanita yang memotong tangan mereka?’ Sesungguhnya Pemeliharaku mengetahui muslihat mereka.'” (Qur’an 12:50).

Maka perkataan rasul bukan sahaja diguna untuk Rasul Allah, malah ia boleh digunakan untuk orang yang tugasnya seperti utusan atau pembawa berita bagi orang lain.

Rasul di dalam ayat tadi adalah orang suruhan bagi seorang raja yang dihantar, atau diutus, untuk berjumpa dan membawa Nabi Yusuf dari penjara ke istana. Begitulah sedikit kisah Nabi Yusuf yang menarik disebut di sini.

Dengan itu, membawa kepada pelajaran kedua dalam kisah Nabi Yusuf dengan adik-beradik, ibu dan bapanya. Cerita-cerita mereka merupakan suatu pelajaran juga, seperti kata Allah:

“Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda” (12:111).

Kisah Nabi Yusuf tersurat dalam Surah ke-12 al-Qur’an. Nama surah itu pun mengambil sempena nama Nabi Yusuf, iaitu Yusuf. Menurut suatu sumber, baginda dikatakan tinggal di sekitar tahun 1700 S.M, iaitu kira-kira 3,700 tahun dahulu. Atau, kurang lebih dua ribu tiga ratus tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad.

Kisah Nabi Yusuf adalah cerita yang paling baik dalam al-Qur’an. Firman-Nya:

“Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur’an ini” (12:3).

Cerita bermula dengan mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak-kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada bapanya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi.

“Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, ‘Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya” (12:4).

Setelah mendengar cerita Yusuf, bapanya melarang mimpi itu daripada diceritakan kepada saudara-saudaranya. Dia juga memberi tahu Yusuf bahawa Tuhan telah memilihnya dan mengajarnya interpretasi mimpi.

Abang-abangnya tidak suka padanya kerana mereka sangka Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapa mereka daripada mereka. Lalu mereka bercadang untuk membunuh atau membuang Yusuf ke tempat lain. Akan tetapi,

“Seorang daripada mereka berkata, ‘Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu melakukan'” (12:10).

Setelah menetapkan rancangan itu mereka pergi kepada bapa mereka, meminta kebenarannya, supaya Yusuf dapat pergi bersama mereka untuk bersuka-suka dan bermain-main pada keesokan hari.

Pada mulanya bapa mereka keberatan untuk membenarkan Yusuf pergi bersama mereka, dengan berkata “Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya” (12:13).

“Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar perigi, lalu Kami mewahyukannya, ‘Kamu akan memberitahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak menyedari'” (12:15).

Mereka balik kepada bapa mereka pada waktu isyak, menangis dan berkata, “Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami, lalu serigala memakannya. Tetapi ayah tidak akan mempercayai kami, walaupun kami berkata benar.”

Dan, mereka menunjukkan baju Yusuf dengan darah palsu padanya. Bapanya berkata, “Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan.”

Tidak lama kemudian, pengembara-pengembara datang ke perigi di mana Yusuf berada di dasarnya. Mereka mengutus seorang pengambil air lalu dia menurunkan timbanya. Tiba-tiba dia berkata, “Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda.”

Mereka mengambil Yusuf dan merahsiakannya sebagai barang dagangan; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. Kemudian mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, hanya beberapa dirham sahaja, kerana mereka tidak menghargainya.

Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, “Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia sebagai anak sendiri.”

Dengan itu, Tuhan meneguhkan Yusuf di bumi supaya Dia mengajarnya interpretasi mimpi.

Maka tinggallah Nabi Yusuf bersama orang Mesir yang membelinya sehingga dewasa. Dia menjadi seorang lelaki yang amat kacak. Kekacakan beliau membuatkan perempuan, yang di rumahnya dia tinggal, tergoda.

Perempuan itu menutup pintu-pintu seraya berkata, “Marilah kepadaku!” Yusuf menjawab, “Pada Allah berlindung! Sesungguhnya tuanku telah memberi aku tempat tinggal yang baik!”

Kalau tidak kerana pertolongan Allah, Nabi Yusuf turut tergoda pada perempuan itu. Kedua-duanya lari ke pintu, dan perempuan tersebut mengoyakkan baju Yusuf dari belakang.

Mereka mendapati ketua mereka di depan pintu. Perempuan itu berkata, “Apakah balasan bagi orang yang menghendaki kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan bahawa dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?”

Yusuf berkata, “Dia yang menggoda saya”. Lalu seorang daripada ahli keluarga itu memberi suatu penjelasan, “Jika bajunya dikoyakkan di bahagian depan, maka perempuan itu telah berkata benar, dan Yusuf berdusta, tetapi jika bajunya dikoyakkan di bahagian belakang, maka perempuan itulah yang berdusta, dan Yusuf orang yang benar.”

Apabila ketua mereka melihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, “Ini muslihat perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar. Yusuf, berpalinglah daripada ini, dan kamu, perempuan, mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu bersalah.”

Kejadian itu sampai ke telinga wanita-wanita tertentu di kota. Mereka berbisik, “Isteri Gabenor menggoda pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta!”

Setelah isteri Gabenor mendengar bisikan-bisikan licik mereka, dia mengutus kepada mereka, dan menyediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia memberikan tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau.

Kemudian, dia menyuruh Yusuf pergi kepada perempuan-perempuan tersebut. Apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka memotong tangan-tangan mereka, dengan berkata, “Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia.”

Lalu isteri Gabenor berkata, “Inilah dia orangnya yang kamu mencela aku dengannya. Benar. Aku telah menggoda dia, tetapi dia menolak. Dan, jika dia tidak membuat apa yang aku memerintahkannya, dia akan dipenjarakan.”

Yusuf berkata, “Pemeliharaku, penjara lebih aku menyukai untukku daripada apa yang mereka menyeru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak memalingkan muslihat mereka daripada aku, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku menjadi orang yang bodoh.”

Pemeliharanya pula menyahutinya, dan Dia memalingkan daripadanya muslihat perempuan-perempuan itu; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

Maka Yusuf dimasukkan ke dalam penjara. Bersama dia adalah dua orang pemuda. Seorang daripada mereka berkata, “Aku bermimpi bahawa aku memerah anggur.” Berkata yang lain, “Aku bermimpi bahawa aku membawa roti di atas kepalaku dan burung-burung makan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya. Kami melihat bahawa kamu adalah orang yang berbuat baik.”

Yusuf berkata, “Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan menuangkan minuman arak untuk tuannya; bagi yang satu lagi, dia akan disalib, dan burung akan makan sebahagian daripada kepalanya.”

Kemudian dia berkata kepada orang yang dia menyangka akan diselamatkan antara keduanya, “Sebutlah aku kepada tuan kamu.” Akan tetapi, syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutnya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.

Suatu hari, raja berkata, “Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku.”

Tiada seorang pun antara mereka yang tahu. Kemudian pemuda yang telah diselamatkan dahulu berkata, setelah teringat, “Aku sendiri akan memberitahu kamu interpretasinya, maka utuslah aku.”

“Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus memakan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering, supaya aku kembali kepada mereka agar mereka mengetahui.”

Yusuf berkata, “Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, akan datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan. Selepas itu, akan datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah.”

Raja berkata setelah mendengar interpretasi mimpi oleh Yusuf yang dibawa oleh utusannya, “Datangkanlah dia kepadaku.” Apabila utusan itu tiba, Yusuf berkata, “Kembalilah kepada tuan kamu, dan tanyalah dia, mengenai wanita-wanita yang memotong tangan mereka?”

Raja bertanya, “Apakah urusan kamu, perempuan-perempuan, apabila kamu menggoda Yusuf?” Mereka menjawab, “Dijauhkan Allah! Kami tidak mengetahui kejahatan padanya.”

Isteri Gabenor berkata, “Sekarang yang benar akhirnya menjadi nyata. Sayalah yang menggodanya.”

Raja berkata, “Datangkanlah dia kepadaku. Aku akan mendekatkannya dengan diriku.” Setelah Yusuf berada dengannya, dia berkata kepada Yusuf, “Pada hari ini, kamu berkedudukan teguh dalam sokongan kami, dan dalam kepercayaan kami.”

Yusuf berkata, “Lantiklah saya kepada perbendaharaan bumi ini; saya adalah penjaga yang alim (berpengetahuan).”

“Maka Kami meneguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia kehendaki, dan Kami tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik” (12:56).

Suatu hari, saudara-saudara Yusuf datang lalu masuk kepadanya. Dia kenal akan mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya. Mereka datang untuk meminta pertolongan makanan.

Setelah Yusuf menyiapkan bekal untuk mereka, dia berkata, “Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu melihat aku menepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima tamu? Tetapi jika kamu tidak mendatangkan dia kepadaku, maka tidak akan ada sukatan bagi kamu denganku, dan tidak juga kamu dapat mendekatiku.”

Mereka menjawab, “Kami akan memujuk bapa kami; itu kami akan buat.”

Lalu Yusuf menyuruh budak-budak suruhannya meletakkan balik barang-barang mereka (yang dibawa untuk mengganti bekalan makanan daripada Yusuf) ke dalam pundi-pundi mereka supaya mereka mengenalinya apabila mereka balik kepada keluarga mereka.

Apabila mereka kembali kepada bapa mereka, mereka berkata, “Ayah, sukatan itu akan dinafikan kepada kami, maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami mendapatkan sukatan itu. Sesungguhnya kami akan menjaganya.”

Bapa mereka berkata, “Adakah aku akan mempercayai kamu kepadanya seperti aku mempercayai kamu kepada saudaranya dahulu?”

Dan, apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka mendapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, “Ayah, apakah yang kita menginginkan lagi? Barang-barang kita dikembalikan kepada kita, dan kita mendapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan menjaga saudara kita; kita akan mendapat tambahan beban seekor unta. Itulah sukatan yang mudah.”

“Aku tidak akan mengutusnya bersama kamu sehingga kamu memberi aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan mendatangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi.” Apabila mereka telah memberikannya janji mereka, dia berkata, “Allah menjadi Wakil atas apa yang kami ucapkan.”

Maka apabila mereka masuk kepada Yusuf sekali lagi, dia mengambil saudaranya kepadanya, seraya berkata, “Aku saudara kamu; maka janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang mereka buat.”

Kemudian, apabila Yusuf menyiapkan persiapan untuk mereka, dia meletakkan gelas minumannya ke dalam pundi saudara yang diambilnya.

Sedang mereka mula bertolak untuk kembali kepada keluarga mereka, datang pula orang yang menyeru, “Hai kafilah, kamu adalah pencuri!”

Mereka bertanya sambil mendekati orang yang menyeru, “Apa yang kamu hilang?”

“Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan mendapat beban seekor unta; itu aku jamin.”

Mereka berkata, “Demi Allah, kamu mengetahui bahawa kami tidak datang untuk membuat kerosakan di bumi. Kami bukanlah pencuri.”

“Apakah balasannya jika kamu adalah pendusta?”

“Balasannya – dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah kami membalas orang-orang yang zalim.”

“Maka dia (Yusuf) memulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia mengeluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami membuat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh mengambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah menghendaki.

Mereka berkata, “Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang pencuri dahulu.” Tetapi Yusuf merahsiakannya di dalam dirinya, dan tidak menampakkannya kepada mereka, dengan berkata, “Kedudukan kamu lebih buruk; Allah sangat mengetahui apa yang kamu menyifatkan.”

Mereka berkata, “Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang-orang yang berbuat baik.”

Berkata, “Allah menegah bahawa kami patut mengambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami mendapati barang kami padanya, kerana jika kami berbuat demikian, tentulah kami menjadi orang-orang yang zalim” (12:76-79).

Apabila mereka kembali kepada bapa mereka dan menceritakan hal saudaranya yang mencuri dan ditahan di Mesir kedukaan bapanya bertambah,

“Dan dia berpaling daripada mereka, dan berkata, ‘Aduhai, dukacitaku untuk Yusuf!’ Dan kedua-dua matanya menjadi putih kerana kesedihan yang mencekiknya di dalam dirinya” (12:84).

Kemudian dia berkata, “Wahai anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Janganlah berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah, tiada yang berputus asa melainkan kaum yang tidak percaya (kafir).”

Lalu mereka pergi kepada Yusuf dan berkata, “Wahai al-aziz, penderitaan telah menyentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah membalas orang-orang yang bersedekah.”

Yusuf bertanya, “Adakah kamu mengetahui apa yang kamu melakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh?”

Mereka menjawab, “Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?”

Dia berkata, “Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.”

Mereka berkata, “Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih menyukai kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah.”

Yusuf berkata, “Tidak ada celaan pada hari ini kepada kamu; Allah mengampuni kamu; Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu lemparlah ia kepada muka ayahku, dan dia akan memperoleh kembali penglihatannya; kemudian datangkanlah kepadaku keluarga kamu kesemuanya.”

Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, “Sesungguhnya aku mendapati bau Yusuf, melainkan kamu menuduh aku nyanyuk.”

Mereka berkata, “Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang dahulu.”

Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya dan melemparkan baju Yusuf ke mukanya, tiba-tiba dia kembali dapat melihat. Dia berkata, “Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu?”

Mereka berkata, “Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah.”

“Sungguh. Aku akan meminta Pemeliharaku untuk mengampuni kamu; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.”

Kemudian mereka berangkat ke Mesir untuk menemui Yusuf.

“Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia mengambil ibu dan bapanya kepadanya, dengan berkata, ‘Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah mengkehendaki, dalam keadaan aman.’

Dan dia menaikkan ibu dan bapanya ke atas singgahsana; dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, ‘Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi mimpi. Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih” (12:99-101).

Apakah pelajaran atau pelajaran-pelajaran yang anda perolehi daripada kisah Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya?

Fikir-fikirkanlah…!!!

Sentiasa Bersabar Dengan Ujian-Nya…Sentuhan Rasa:-

:::KNMS:::

…::Mesti Baca::…

 

Di syarikat tempat saya bekerja sekarang, pada setiap hari Selasa dan Jumaat selepas waktu kerja, mereka ada adakan latihan senaman. Senaman itu sebenarnya bukanlah senaman biasa, tetapi lebih kepada tarian poco-poco.

Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ‘senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.

Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.

Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.

Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.

Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).

Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.

 

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan  daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.

Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas-lepas ni, saya tak akan lagi menari poco-poco ni. Korang bagaimana?

 

~Sumber:- Blog PakarHow To~

Yang Benar,

NicenizaR a.k.a Sang Penyair

Sebuah Kebenaran : ISLAM & SAINS

 

Doktor, Islam dan Logik : Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden

Doktor     memulakan    syarahannya    dengan    membawa    para    hadirin
memikirkan  sejenak  dengan  hadith  yang  maknanya sedikit sebanyak “Dalam
diri-diri   kamu   ada  kebesaran  Tuhan”.  Doktor  menyuruh  kita  melihat
kedua  tapak  tangan  dan  perhatikan  garis-garis  di  tapak  tangan kita.
Garisan-garisan  di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab
dan  tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan
nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1.         Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah
s.a.w,  beliau  akan  menggaulkan  lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan
kemudian  membiarkan  sebentar,  lalu  Rasullah  saw akan mengambil sedikit
garam  menggunakan  jari  kecilnya(yg  last  tu),  lalu  Rasullah  saw akan
menghisap  garam  itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.
Mengapa?  Kerana  kedua  belah  tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,
tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini  adalah
kerana  enzim  yg  ada  di  tangan  kanan  itu  merupakan enzim yang  dapat
menolong  proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of
digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari
tanah  yg  diperlukan  oleh  badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu
adalah  sama  dgn  satu  liter  air  mineral.  Kita berasal dari tanah maka
lumrahnya   bahan  yang  asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat
untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam
juga  adalahpenawar  yang  paling  mujarab  bagi  keracunan,  mengikut  Dr,
dihospital-hospital,  the  first  line  of  treatment  for poisoning adalah
dengan  memberi  Sodium  Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2.         Cara Rasulullah mengunyah – Rasulullah akan mengunyah banyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita  senang
memproseskan makanan itu.

3.         Membaca   Basmalah  (Bismillahirrahma  Nirrahim).  Membaca
Basmalah  sebelum  makan  untuk  mengelakkan  penyakit. Kerana bacteria dan
racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria  dan  racun  akan  musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah
minum.  Janganlah  kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri  kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas  sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas  dan  menghembuskan  nafas  dari  hidung kita. Kerana apabila kita
hembus,  kita  akan  mengeluarkan  CO2  iaitu  carbon dioxide, yang apabila
bercampur   dgnairH20,   akan  menjadi  H2CO3,  i!aitu  sama  dengan  cuka,
menyebabkan  minuman  itu  menjadi  acidic.  Jangan  meniup  air  yg panas,
sebabnya  sama  diatas.  Cara  minum,  seteguk  bernafas,  seteguk bernafas
sehingga habis.

4.         Mengapa  Islam  menyuruh  di  sebat  100  kali  orang  belum
berkahwin  yang  berzina,  dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin
yang  berzina?  Badan  manusia  akan  mengeluarkan sel-sel darah putih atau
antibiotik  yg  dapat  melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah
tulang  belakang,  berdekatan  dengan  sum-sum  tulang manusia. Lelaki yang
belum  berkahwin  dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala
lelaki  yang  sudah  berkahwin  hanya  dapat  menghasilkan  10 unit sel ini
sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan      suami     isteri.     Jadi     apabila     lelaki     yang
belum  berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah  kerana  apabila  dia  disebat  di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat
melawan  virus  HIV  jika  ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi
melawan  virus  HIV  itu.  Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun
disebat  100  kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi
dengan  itu  hukumannya  direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan
virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr
Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudarisana.

5.         Mudaris  Iskandar  mengenai  Ka’bah.  Mengapa ia terletak di
Mekah  al-  Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube).  Ia terletak di
posisinya  sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari
Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka’bah sekarang itu, adalah
betul-betul  di  tengah  bumi.  Mengapa  ia  empat persegi, ia melambangkan
perpaduan  ummah  yang  bergerak  maju!  bersama, equality and unity, tidak
seperti  bentuk  pyramid,  dimana  ia  diumpamakan,  seperti  hanya seorang
pemenang  yg  berada diatas  setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara
lagi  sebab  mengapa  4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,
Hanafi  dan  Syafi’i,  melambangkan  kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

TOLONG    SEBARKAN    DAN    JADIKAN    AMALAN   BERGUNA….

Dari Meja Pengarang,

KNMS

 

:::Kejadian Wanita:::

Kejadian wanita amat unik berbanding dengan kejadian lelaki. Sengaja Allah SWT menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki. Perbezaan ini mengandungi hikmah yang tidak dapat dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia. Di sebalik kejadian wanita yang serba lemah, sebenarnya tersembunyi rahsia Allah yang amat besar, yang perlu disedari oleh setiap wanita. Jika wanita dapat meletakkan diri mereka di tempat yang sesuai dengan hakikat kejadian mereka yang serba lemah itu, wanita menjadi lebih mulia daripada lelaki serta menjadi penyeri alam.

Wanita perlu terlebih dahulu memahami asal-usul kejadian serta mengenali kelemahan-kelemahan yang telah Allah SWT fitrahkan kepada mereka. Wanita pertama yang dijadikan Allah SWT iaitu Hawa adalah hasil doa Nabi Allah Adam a.s. Beliau yang kesepian hidupnya di syurga ketika itu tiada teman untuk berbicara. Allah SWT memperkenankan doa beliau dengan menciptakan seorang wanita untuknya. Inilah secara ringkasnya kejadian wanita, makhluk yang halus kulitnya, lemah sendi tulangnya dan berbeza pula bentuk serta susunan tubuhnya berbanding dengan lelaki.

Kaum wanita harus menerima hakikat asal kejadian mereka. Oleh kerana mereka dijadikan daripada tulang yang bengkok lagi lemah, mereka perlu kepada pimpinan yang halus tetapi tegas. Rasulullah saw bersabda lagi: “Perempuan itu seperti tulang rusuk, jika kamu meluruskannya, bererti kamu mematahkannya. Jika kamu membiarkannya, dia akan tetap bengkok.” Riwayat Imam Bukhari.

Dalam keadaan yang lemah ini, wanita tidak mampu untuk membuat sesuatu pekerjaan kecuali dibantu dengan baik. Oleh sebab itulah Allah SWT tidak menuntut wanita melaksanakan sesuatu yang tidak termampu olehnya. Apa yang dipertanggungjawabkan ke atas wanita adalah bersesuaian dengan kekuatan fizikal dan mentalnya. Ini boleh dilihat dari sudut ibadahnya.

Walaupun Allah SWT telah mewajibkan ke atas setiap mukalaf supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji, namun bagi kaum wanita hanya tiga perkara yang mampu dilaksanakan sendiri iaitu mengucapkan syahadah, solat dan berpuasa. Dalam melaksanakan haji dan berzakat, mereka umumnya memerlukan bantuan kaum lelaki.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki daripada sudut ibadah, ternyata ibadah kaum wanita adalah sedikit. Cuma Allah SWT tidak pernah melebihkan kaum lelaki daripada segi pahalanya, seperti mana firman Allah SWT: “Barangsiapa mengerjakan kebaikan, baik daripada lelaki mahupun perempuan, padahal dia beriman, maka pasti Kami akan beri penghidupan dengan hidup yang baik dan nescaya Kami akan beri balasan pahala atas mereka itu dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” Surah An-Nahl: 97.

Wanita tidak hanya lemah pada asal kejadiannya malah pada umumnya lemah juga pada akalnya. Jika diukur nisbah antara akal dan nafsu, wanita hanya mempunyai satu akal berbanding dengan sembilan nafsu. Manakala lelaki pula mempunyai satu nafsu berbanding dengan sembilan akal. Ini jelas dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT: “Dialah yang menciptakan kamu daripada nafsu yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya.”

Maka atas ketinggian nafsu yang terlalu berbeza dengan akal, wanita lazimnya menjadi terlalu emosional (kuat perasaan) sehingga mudah merasa sensitif dalam semua hal. Lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan urusannya. Oleh kerana itu, wanita perlu mendapatkan pimpinan daripada kaum lelaki yang lebih luas pemikirannya. Dengan pimpinan itu, mereka akan mendapat panduan untuk bertindak dalam sesuatu hal dan dapat manfaatkan emosinya untuk kebaikan.

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab kepada kaum perempuan. Oleh kerana Allah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.” Surah An-Nisa: 34.

Emosi perlu bagi wanita kerana tanpa emosi, kaum wanita ditakuti bertindak liar dan merosakkan. Tanpa bimbingan, nafsu lebih banyak mempengaruhi mereka daripada akal. Namun begitu, jika emosi dipimpin dan diatur selaras dengan syariat – wanita akan menjadi makhluk yang paling cantik, unik, sensitif dengan Allah, dengan makhluk dan alam sekitarnya. Barulah mereka menjadi mutiara yang paling berharga di dunia.
Bagi memimpin emosi, wanita perlu meningkatkan ilmu dunia dan akhirat. Jika ilmu dapat dipertingkatkan, daya fikrah (akal) juga akan menjadi kuat. Apabila daya fikrah kuat, nafsu yang liar akan dapat dididik dan ditundukkan. Nafsu yang telah ditundukkan akan bertukar kepada nafsu yang tinggi martabatnya di sisi Allah iaitu sekurang-kurangnya peringkat nafsu yang paling rendah yang dapat menjamin keselamatan di akhirat kelak. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dengan firman-Nya yang bermaksud: “Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.” Surah Al-Fajr: 23.

Satu lagi faktor yang boleh menundukkan emosi wanita secara semula jadi ialah apabila wanita melahirkan anak. Pada setiap kelahiran anak terkandung 1001 rahsia Allah SWT perlu juga diketahui sedikit sebanyak oleh wanita itu sendiri. Sakit yang dideritai ketika bersalin, selain menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu, juga akan menurunkan emosi wanita. Jika emosi boleh dibilang, maka pada setiap kelahiran itu gugurlah satu emosi. Inilah antara sebab mengapa wanita menjadi kian matang apabila anak semakin bertambah.

Tujuan kita mendedahkan kelemahan bukanlah kerana hendak merendah-rendahkan kaum wanita, tetapi supaya mereka terus terpimpin dan sedar di garisan mana harus mereka bertapak dan berpijak. Andai kata terdapat kekurangan dari segi hak dalam syariat Islam atau di dalam sudut-sudut yang lain, sebenarnya Islam telah menggantikannya dengan kelebihan dalam sudut yang lain bersesuaian dengan fitrah semula jadinya. Terjadi kekurangan itu adalah untuk faedah atau kepentingan kaum wanita itu sendiri.

Oleh kerana kaum wanita halus perasaannya berbanding dengan kaum lelaki, maka atas dasar inilah mereka lebih sesuai berperanan sebagai pendidik anak-anak dan menguruskan keluarga. Ini kerana bidang ini memerlukan seorang pengurus yang halus emosinya, dan tabiat ini sememangnya ada pada wanita. Ianya bukanlah satu penghinaan tetapi merupakan satu penghormatan daripada Allah SWT. Di situlah letaknya kemuliaan.
Oleh sebab itulah, kaum wanita mestilah berusaha menjaga maruahnya supaya tidak tercemar. Usaha menjaga maruah diri juga merupakan satu cabang daripada banyaknya cabang ibadah. Ini termasuklah menjaga tutur kata, gerak-geri, tingkah laku dan apa saja yang berkaitan dengan peribadi wanita itu sendiri. Maruah wanita adalah sesuatu yang seni, halus dan sensitif. Bagi menjaganya, bukanlah mudah kecuali dengan ilmu dan iman yang kuat.

DIPETIK DARIPADA:MINGGUAN WANITA, 17-23 OKTOBER 2003

(NicenizaR a.k.a Sang Penyair)

…::Program Pertama:…

Assalamualaikum Semua….

Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan PK MAINS REMBAU dibuka…akhirnya kami dapat menganjurkan program pertama kami di dalam bulan yang penuh barakah iaitu RAMADHAN AL-MUBARAK. Insya-Allah, Program Pertandingan Marhaban Antara Sekolah-Sekolah Menengah 2011 akan menemui semua peminat-peminat seni ISLAM pada Sabtu ini. Walaupun sambutan kurang memberangsangkan namun kami Yakin pada tahun hadapan ianya akan lebih menggalakkan. Persiapan terakhir akan dibuat tidak lama lagi. Segala perancangan kami serahkan pada Tuhan Punya Dunia yang sering kali mencintai hamba-Nya yang Taat akan Perintah-Nya….kepada semua urusetia, kami ucpakan jutaan terima kasih kerana bertungkus lumus membuat persiapan akhir….

Ahli Jawatan Kuasa Perlaksanaan Program

 

Penasihat

En.Kamal Amran Bin Kamaruddin

Pengurus Baitulmal

 

Pengerusi

Tuan Hj. Norazman Bin Amat

Ketua Eksekutif PK MAINS

Pengarah Program

En. Khairulniza Bin Mohd Salleh

Kaunselor PK MAINS Cwgn Rembau

 

Penyelaras Program

Pn. Mastura Binti Samsaini

Penolong Kaunselor PK MAINS Cwgn Rembau

Setiausaha

Cik Roziana Binti Kamaruddin

Pembantu Tadbir PK MAINS Cwgn Rembau

 

Biro Penyediaan Tempat

En. Mohd Hatta Bin Othman

Penolong Kaunselor PK MAINS Cwgn Bahau

Biro Cenderahati dan Pendaftaran

En. Shahrizal Bin Mohamad Ishar

Sukarelawan Dakwah MAINS Bahagian Latihan

Thank a Lot untuk semua yang bakal menjayakan Program ini. Semoga usaha kalian semua diberi keberkatan Oleh Allah Taala…

Hadiah-hadiah Yang Menanti Pemenang Pertandingan Marhaban 2011

Anjuran Pusat Kaunseling MAINS Cawangan Rembau

PERTAMA     :  Piala + Saguhati + Hamper + Sijil Penyertaan

KEDUA           :  Piala  + Saguhati + Hamper + Sijil Penyertaan

KETIGA         :   Piala  + Saguhati + Hamper + Sijil Penyertaan

KEEMPAT    :    Saguhati + Hamper + Sijil Penyertaan

KELIMA       :    Sijil Penyertaan

KEENAM      :    Sijil Penyertaan

KETUJUH    :     Sijil Penyertaan

KELAPAN    :     Sijil Penyertaan

Nantikan Persembahan Marhaban Terkini & Terhebat Dari Mereka!!!

Salam Sayang,

::KNMS::

…:Mutiara Saidina Ali:…

Saidina Ali bin Abi Talib ialah khalifah agung dalam sejarah pemerintahan Islam. Selepas peristiwa pembunuhan Khalifah Othman Affan, beliau memegang teraju pemerintahan. Peribadi Ali bin Abi Talib menghimpunkan pelbagai kelebihan iaitu sebagai sepupu Nabi Muhammad saw dan menantu Baginda.

Beliau dilahirkan di Makkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Beliau dididik dan dibesarkan dalam pangkuan Nabi Muhammad saw, malah tidak pernah berpisah dengannya.

Ali ialah seorang daripada pahlawan Islam yang terkemuka dan panji peperangan berada pada tangannya dalam sebahagian besar peperangan.

Beliau juga antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Ali menjadi khalifah dan pemimpin umat Islam selepas Saidina Othman Affan gugur syahid. Peristiwa itu berlaku pada 24 Zulhijjah tahun 35 Hijrah.

Dengan itu, Ali ialah khalifah pertama bagi umat Islam yang berasal daripada keluarga Bani Hasyim yang juga menjadi nasab keturunan Rasulullah.

Diriwayatkan oleh Abu Naim dalam al-Hilyah daripada Abu Sahih bahawa Dhuraar Dhamrah mengetahui keperibadian dan cara hidup Ali.

Menurutnya, Ali ialah seorang yang amat jauh tujuan hidupnya dan bercita-cita tinggi. Pemikirannya tajam dan amat kuat zahir dan batin.

Beliau menjauhkan diri daripada segala hiasan dan kemewahan hidup di dunia. Selalu berpakaian sederhana dan memakan makanan biasa yang tidak semestinya enak dan mahal. Pergaulannya seperti orang biasa walaupun dilantik sebagai pemimpin.

Beliau sering bertemu rakyat dan orang ramai tidak ada sekatan atau takut untuk menemuinya. Ali akan menjawab apa-apa yang ditanya kepadanya tanpa perasaan takut dan ragu-ragu. Beliau memuliakan ahli agama dan orang yang warak, di samping menyayangi golongan fakir miskin.

Sewaktu Ali diangkat menjadi Khalifah, ada penentangnya termasuk puak Muawiyah hingga timbul perang saudara yang menyebabkan ramai terkorban.

Akhirnya Saidina Ali dibunuh oleh seorang pengkhianat. Tetapi setelah Ali meninggal, Muawiyah berasa sedih kerana menentang orang yang baik. Dia menyifatkan kewafatan Ali sebagai suatu kehilangan yang amat berharga.

Apa yang diucapkan terang dan jelas, adil sewaktu memberi hukuman, ilmu pengetahuannya terpancar dari segenap bahagian badannya. Beliau kuat bekerja tanpa mengira siang atau malam.

Kata-kata berhikmah lahir dari mulutnya. Apabila tersenyum seolah-olah mutiara indah terpancar dari bibirnya. Ketokohan beliau memang tiada bandingannya. Nasihat beliau juga menjadi pedoman dan panduan umat Islam zaman berzaman.

– Peringatan buat dirimu yang mana pasar itu adalah suatu tempat yang boleh merosakkan akhlak.

– Sesuatu yang hendak dicapai oleh keelokan budi pekerti itu adalah rasa malu seseorang pada diri sendiri.

– Tiada pusaka peninggalan yang lebih bermanfaat daripada elok budi pekerti.

– Cucikan hati kamu dengan beradab seperti api membakar kayu.

– Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia, maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dulu sebelum mengajar orang lain.

– Dia hendaklah memperelok setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelok lidahnya.

– Sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia lain.

– Elok pekerti adalah gedung ketika berhajat padanya.

– Mutu setiap sesuatu itu dinilai pada kebaikannya.

– Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.

– Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.

– Sekiranya kamu letih kerana melakukan sesuatu yang baik, maka keletihan itu akan hilang dan perbuatan baik yang kamu lakukan terus kekal.

– Jika kamu tidak mahu melupakan segala kebaikan yang dilakukan, maka kamu hendaklah mengulangi dalam membuat kebaikan itu.

– Ratapilah saudaramu dengan berbuat baik padanya dan jauhilah kejahatannya dengan bersedekah padanya.

– Sesuatu yang tidak elok untuk diperkatakan sekalipun ia benar iaitu puji diri sendiri.

– Seelok-elok kesihatan itu adalah memberi sesuatu dan ketaatan adalah gedung yang tidak akan musnah.

– Dua nikmat yang sering dilupakan adalah kesihatan dan keselamatan.

– Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai, tetapi bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.

– Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan.

– Tepati janji adalah kembar kepada benar.

– Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.

– Permulaan bagi perasaan marah itu adalah hilang pertimbangan, manakala penghabisannya pula adalah perasaan menyesal.

– Tidak dikira lemah lembut jika ia timbul ketika reda, tetapi lemah lembut yang sebenar akan timbul ketika dalam keadaan marah.

– Sesiapa yang tunduk kepada perasaan marah menyebabkan akhlaknya kurang.

– Bagi setiap nikmat ada kunci yang membuka dan menyelaknya. Kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas.

– Sesiapa yang malas tidak akan menunaikan tanggungjawabnya.

– Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.

Salam Ingatan,

…:KNMS@NMK:…